MELAKA, 30 Mei – Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD) Para telah melaksanakan Eksesais KENYALANG RIMBA Siri 1/2023 di kawasan am Hutan Rizab Johol, Negeri Sembilan pada 22 hingga 26 Mei lalu.
Pihak Markas 10 Briged Para (10 Bgd Para) menjelaskan, latihan yang berkonsepkan Peperangan Melawan Insurgensi (PMI) ini melibatkan seramai 250 pegawai dan anggota.
Menurutnya, eksesais ini dilaksanakan dalam 4 fasa utama iaitu Fasa Persiapan iaitu melibatkan Fasa Pre Deployment Training (PDT), Battle Procedure, Fasa Pelaksanaan dan Field Training Exercise (FTX).
“Selain itu, latihan juga dilaksanakan mengikut Fasa Post Deployment yang menekankan peranan serta aturgerak elemen Rapid Deployment Force (RDF) – Jungle Operation di dalam senario Hybrid Warfare,
“Tahap pengetahuan individu dalam melaksanakan PMI diuji bagi menilai kemampuan fungsi pemerintah bagi setiap lapisan dan kawalan serta keupayaan setiap anggota dalam pelaksanaan tugas dan misi selain memperkemaskan Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP),” jelas pihak 10 Bgd Para menerusi hantaran di media sosialnya.
Jelas 10 Bgd (Para), latihan ini juga selari dengan Arahan Latihan Panglima 10 Bgd (Para) yang menekankan pengukuhan asas ketenteraan dan kefahaman anggota terhadap fungsi serta tugas sebagai sebuah elemen RDF dalam konteks PMI,
“Antara latihan yang dilaksanakan dalam eksesais berpandukan kepada senario peperangan adalah Air Mobile Op, Tactical Navigation, Menduduki Pengkalan Sementara, Recon Op – Ronda Tempur, “Selain itu, Small Unit Op (SUO) – Serang Hendap Kawasan, Raid – Serangan Khemah Musuh dan Seize, Secure & Hold Critical Objective turut diadakan,” jelasnya lagi.
Latihan diakhiri dengan Hot Wash-Up yang turut dihadiri Panglima 10 Bgd (Para), Mejar Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal.
Dalam ucapannya, Panglima menekankan 3 perkara utama dalam melaksanakan sesuatu eksesais iaitu Fitness, Knowledge dan Understanding of Counter Insurgency Warfare di mana ianya masih kekal relevan di dalam peperangan pada masa kini yang bersifat Full Spectrum Warfare di samping mengekalkan kemahiran peperangan hutan. -airtimes.my