KOTA BAHRU, 10 OKT – Eksesais bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Pakistan (PA), Eks Harimau Markhor mula dilaksanakan pada hari ini.
Menurut Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd), Brigedier Jeneral Datuk Azudin Hasan, latihan bersama ini adalah untuk meningkatkan keupayaan trup serta kompetensi anggota TDM dari segi aspek peperangan di hutan.
“Tahap profesionalisma dan interoperability di antara TDM dan PA juga terbina menerusi latihan yang dijalankan bersama”, katanya semasa menyempurnakan Majlis Pembukaan Eksesais Harimau Markhor di Kem Desa Pahlawan, hari ini.
Latihan ini juga merupakan Eksesais Siri 1/23 yang pertama diadakan secara bersama di antara kedua-dua pihak.
Turut hadir, Commodore Nasir Mahmood, Penasihat Pertahanan Kedutaan Besar Pakistan.
Jelas Panglima 8 Briged, Eksesais Harimau Markhor yang akan dilaksanakan mulai hari ini merupakan antara platform yang dapat memperkasakan hubungan ketenteraan TDM dan PA. – airtimes.my
#AirTimes #Pertahanan #Pakistan #Malaysia #HarimauMarkhor #8Briged