LOK LAWI, 5 Jul – Mejar Jeneral Abdul Rahman A Wahab telah dilantik sebagai Panglima ke-4 Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div), yang terbaru berkuatkuasa semalam.
Markas 5 Div dalam satu kenyataan berkata, perbarisan serah terima tugas itu telah diadakan di Padang Kawad Rejimen ke-6 Artileri DiRaja, dengan disaksikan oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad.
Beliau mengantikan Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid yang akan bersara dari perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Upacara menandatangani nota serah terima tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa pemerintahan 5 Div ini telah disaksikan oleh PMT TD,
“Perbarisan serah terima tugas ini melibatkan 3 kontinjen iaitu kontinjen dari Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Bgd), kontinjen Briged ke-13 Infantri Malaysia (13 Bgd) serta kontinjen Trup Divisyen yang diketuai oleh Pegawai Memerintah 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Leftenan Kolonel Muhammad Shazarikh Shaad,” jelas 5 Div.
Mohd Halim berkata, sepanjang beliau berkhidmat selama 18 tahun di Sabah banyak perkara yang dilalui terutama semasa zaman memerangi COVID-19.
“5 Div juga ditugaskan sebagai penjaga sempadan daripada pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) disepanjang sempadan negara kita serta negara sahabat,” ujarnya.
Mantan Panglima 5 Div ini turut menzahirkan setinggi tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama negeri Sabah serta kepimpinan tertinggi ATM dan semua agensi yang telah memberikan kerjasama serta dokongan sepanjang perkhidmatan beliau di Sabah. -airtimes.my