MERSING, 13 Mei โ ย Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah hari ini dilantik sebagai Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21GGK) yang baharu.
Satu majlis serah terima tugas Panglima 21 GGK telah diadakan di Padang Kawad Markas 21GGK pada hari ini.
Majlis disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.
Adi menggantikan Mej Jen Nubli Hashim yang telah menerajui 21 GGK semenjak 6 September 2021.
Terdahulu, Panglima Tentera Darat telah menyempurnakan pemakaian pangkat Mej Jen kepada Adi Ridzwan.
Majlis kemudian disusuli dengan acara Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa Panglima 21GGK di antara Nubli dan Adi Ridzwan. โ airtimes.my