JEMPOL, 28 Feb – Seramai 10 orang pegawai dan 212 anggota Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD) (Para) telah melaksanakan Eksesais 𝘌𝘈𝘎𝘓𝘌 𝘚𝘛𝘙𝘐𝘒𝘌 Siri 1/23 di kawasan am Kompleks Perumahan Awam Palong 16, bermula pada 18 hingga 22 Februari lalu.
Markas 10 Briged Para (10 Bgd Para) memaklumkan, eksesais ini dilaksanakan berkonsepkan Joint Operation Capabilities bertujuan melatih dan menguji tahap kompetensi pegawai dan anggota BG Eagle dalam aturgerak Air Assault Pasukan Atur Cepat (PAC) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Jelasnya, eksesais ini merupakan sebahagian komponen eksesais di dalam Eks AMTOP Siri 1/2023 anjuran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Senario eks ini bermula dengan penyusupan masuk di belakang garisan musuh (𝘉𝘦𝘩𝘪𝘯𝘥 𝘌𝘯𝘦𝘮𝘺 𝘓𝘪𝘯𝘦) dan seterusnya menyediakan perlindungan dan keselamatan bagi trup yang melaksanakan 𝘈𝘪𝘳 𝘐𝘯𝘴𝘦𝘳𝘵𝘪𝘰𝘯,
“Aturgerak udara ke landing point melalui teknik 𝘧𝘢𝘴𝘵 𝘳𝘰𝘱𝘪𝘯𝘨 dan 𝘩𝘢𝘳𝘥 𝘭𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 telah dibantu pesawat udara TUDM, EC 725 AP dan AW 139
“Elemen senjata bantuan berkenderaan dari Komponi Bantuan (Para) telah membantu platun serangan dari arah rusuk bagi menghalang musuh melarikan diri.
“Serangan konsep OBUA telah diatur di sekitar Objektif HAWK sehingga melepasi garisan 𝘓𝘪𝘯𝘦 𝘖𝘧 𝘌𝘹𝘱𝘭𝘰𝘪𝘵𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (LOE). Bagi meningkatkan 𝘊𝘰𝘳𝘦 𝘊𝘰𝘮𝘱𝘦𝘵𝘦𝘯𝘤𝘺 dalam latihan ini 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘏𝘢𝘯𝘥 𝘖𝘷𝘦𝘳 (BHO) dilaksanakan bagi membolehkan Kumpulan Induk Utama melaksanakan gerak mara,” jelas 10 Bgd Para menerusi hantaran di media sosialnya.
𝘈𝘧𝘵𝘦𝘳 𝘈𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘙𝘦𝘷𝘪𝘦𝘸 (AAR) bagi Eks 𝘌𝘈𝘎𝘓𝘌 𝘚𝘛𝘙𝘐𝘒𝘌 Siri 1/23 ini telah dilaksanakan oleh Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal selaku Task Force THUNDERBOLT Commander yang bertanggungjawab bagi keseluruhan operasi yang telah dijalankan.
Eksesais ini turut melibatkan anggota dari No 3 dan 10 Skn TUDM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa awam setempat.-airtimes.my