Ramai pengalisa politik menyatakan bahawa undi orang Melayu akan berpecah jika parti berasaskan Melayu dan agama Islam bertanding sendirian dalam PRU-15. Perkara itu jika berlaku bukan saja tidak mendatangkan keuntungan kepada parti itu sendiri, malah memberi kelebihan kepada parti lawan.
Dengan kemunculan parti Kemakmuran Negara (PKN), parti ini juga di tomahķan dan di kaitkan sebagai agen untuk menambahkan perpecahan undi melayu. Malah terdapat tuduhan yang ditular dalam maya bahawa kononnya dibelakang PKN adalah kerja kerja YB Azmin Ali dan ada yang tular PKN mendapat dana dari DAP melalui Persatuan Patriot Kebangsaan. AJK PROTEM PKN menafikan sekeras kerasnya terhadap tuduhan yang tidak berasas ini.
AJK protem PKN berpendapat orang melayu yang mahu perubahan tidak harus risau pasal perpecahan undi melayu kerana di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah walaupun undi kepartian akan berpecah, ianya tetap dan di menangi oleh orang melayu kerana tidak mungkin parti bukan melayu berani bertanding di negeri-negeri tersebut secara solo tanpa sokongan parti melayu kerana mereka akan pasti kalah atau hilang wang pertaruhan.
AJK protem PKN berpendapat setiap parti Melayu yang dulunya dominan sebenarnya berupaya untuk bertanding sendirian, selagi mereka mempunyai jentera dan penyokong. Mereka merasakan mereka ada peluang untuk menang, jadi tiada halangan untuk bertanding sebanyak kerusi yang boleh. Cara kempen politik ketika ini juga sudah menggunakan media sosial yang boleh mencapai seramai mungkin pengundi.
Tujuan PKN ditubuhkan mempunyai dua sebab yang utama. Pertama ahli-ahli PKN adalah terdiri dari para veteran individu yang terdiri dari mantan mantan anggota Angkatan Tentera Malaysia dari yang berpangkat Lans Koperal (Kpl) hingga ke Jeneral 4 bintang yang telah memperjuangkan nasib dan hak veteran dan ATM sejak tujuh tahun yang lalu mengikut undang-undang dan saluran tertentu dengan penuh sopan dan tatasusila dan adab ketenteraan mengenai penghargaan pengorbanan mereka dan tuntutan pencen dan anomali mereka.
Sejak 1963 (Laporan suruhanjaya Tun Sopiyan), hingga 1970 (Lapuran suruhanjayah Shiekh Abdulah) secara tidak langsung kerajaan telah cuba merendahkan status ATM dari perkhidmatan Awam yang lain tetapi gagal kerana Perlembagaan Persekutuan menghalang kerajaan berbuat sedimikian. Walau bagaimanapun kerajaan berjaya menurun kan gaji pegawai baru yang di tauliahkan pada tahun 1972. Yang paling ketara, pada tahun 2013 kerajaan menaikan gaji perkhidmatan awam dan Angkatan tentera hinggakan ada yang mendapat kenaikan hingga 200%.
Tetapi malangnya pencen veteran tidak di selaraskan mengikut kenaikkan gaji anggota yang masih berkhidmat. Kerajaan telah wujudkan konsep homonisasi gaji dan status perkhidmatan awam dan ATM. Tetapi skim perkhidmatan dan cara ATM berkerja tidak berubah. Semua anggota perkhidmatan awam pada am nya akan bersara di umur 60 tahun, tetapi oleh kerana ATM adalan anggota khas untuk perang, syarat perkhidmatan tentera tidak bolih berkhidmat terus ke umur 60 tahun. Mereka harus di nilai dan di sambungkan perkhidmatan dari tahun ke 12, 15, 18, 20/21 perkhidmatan.
Dengan masa yang sama penyandang pangkat tertentu di wajibkan bersara apabila sampai umur tertentu. Mereka yang layak bersara umur 60 tahun hanya yang berpangkat Kolonel hingga Jeneral sahaja. Mereka yang berkhidmat tidak mencukupi 20/21 tahun tidak layak mendapat pencen walau besar mana jasa dan pengorbanan mereka pada negara. Banyak lagi kerugian yang di alami oleh Anggota ATM dan Veteran dalam konsep harmonisasi ini. Kerajaan cuba mengelakkan tuntutan veteran dengan memberi sagu hati, one off dan sebagainya apabila dekat hendak pilihanraya. Kemudahan2 lain seperti perubatan, kematian dan lain hanyalah gimik kerana persara perkhidmatan awam juga mendapatnya.
Veteran hanya di sanjung pada hari pahlawan dan bila pilihanraya menjelang tiba. Anggota ATM sememangnya tidak boleh bersuara kerana hak kebebasan mereka tidak sama seperti rakyat biasa. Maka hanya veteran sahaja mampu bersuara, itu pun persatuan veteran di halang untuk berpolitik. Segala tuntutan hanya boleh di buat melalui JHEV dan tidak seperti CEUPAC atau NUBE yang boleh tuntut terus kepada kerajaan. Jika veteran tidak banggun dan memperjuangkan haknya sendiri, sampai mati veteran akan di pergunakan untuk orang politik. Rakyat perlu faham bahawa lebih dari 90% veteran adalah terdiri dari orang melayu dan lebih 70% veteran adalah kalangan B40 dan kebawah. Walaupun PKN adalah parti berbilangan kaum, majoriti adalah orang melayu dan peribumi.
Sebab kedua kenapa veteran menubuhkan PKN adalah kerana veteran melihat Politik Melayu telah mula berpecah sejak GE13, 14 & kini, oleh kerana budaya TOKSIK, Politiking & politik wang yang telah melanda negara. Perkara sapertinya di burukkan lagi dengan adanya rakyat berbilang kaum yang menggalakkan ‘polarised society’. Politiking berdasarkan bangsa dan ugama telah memburukan lagi situasi kita. Kita di Malaysia di dominasi oleh politik bangsa dan ugama “yang amat susah untuk diasimilasikan.
Veteran Bersama Rakyat dalam politik, boleh memberi platform yang baru kpd mereka2 (multi racial) yang telah lama jemu dan muak dengan politik Toksik, politik bangsa dan gejala2 lain yang ada dan ajen pemecah pandangan pengundi yang berpengetahuan dan tidak taksub dengan pemimpin yang KORUP. Kehadiran Veteran berpolitik merupakan wira menunggang Singa Putih ke arena yang ingin memertabatkan pelembagaan dan keluruhan undang-undang demi kesejahteraan dan perpaduan. Veteran Bersama Rakyat juga perlu mencantas politik Toxik yang telah mendominasi budaya serta fikiran majoriti Politikus toxik yang masih berkeliaran.
Dari dua sebab utama diatas, adalah salah satu untuk kita menyatakan PKN bertujuan untuk memecah kan undi melayu. PKN tidak berniat untuk mengambil alih pemerintahan negara. PKN sedar negara ini mempunyai 70% orang melayu dan peribumi dan ianya harus di perintah oleh pemimpin melayu yang lebih baik, bersih dan bertoleransi kepada semua kaum. Negara ini telah di rosakkan oleh politikus yang toksik. Tidak ada jalan lain boleh mencucikan politikus politikus toksik ini dari luar parti parti mereka, mahupun dari dalam parti mereka. Politikus politikus toksik ini sudah bertahta dan bermaharajalela. Cara yang terakhir untuk membersihkan parti parti politik ini adalah dengan mengalahkan mereka dengan undi rakyat.
PKN sebenarnya akan menjadi agen untuk meganjakkan paradigma rakyat dan paradigma politik melayu ke arah Malaysia yang lebih makmur, sejahtera dan hidup berharmoni dengan rakyat berbagai kaum. PKN mempunyai agenda dan strategi untuk menyatukan orang melayu dan parti melayu. PKN akan memastikan semua rakyat memahami dan patuh kepada perlembagaan persekutuan dan rukun negara.
Calon calon veteran adalah terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam kerajaan, mempunyai sifat kepimpinan yang kompeten, berintergriti yang tinggi dan mampu menjadi wakil rakyat yang benar benar bertanggongjawab. Veteran mempunyai pakar dari berpuluh bidang yang parti politik biasa tiada, seperti jurutera, doktor perubatan, peguam, akuantan, juruterbang, pelayar, IT, perancang pembangunan, dan lain lain termasuk setiap orang adalah pemimpin yang terlatih dan berpengalaman. Mereka adalah rakyat yang taat setia pada Raja dan Negara. Setiap calun PKN akan di tapis, di uji dan akhir sekali mereka ini perlu membuat satu kontrak sekiranya mereka melompat parti atau tidak menjalankan tanggongjawab sebagai wakil rakyat yang bertanggong jawab, tindakan akan di ambil terhadap mereka.
Mereka yang minat dalam perniagaan tidak digalakkan menjadi calun. PKN percaya trend pengundian kali ini akan berubah. PKN percaya rakyat dan pengundi tidak lagi bergantung kuat kepada parti politik tetapi melihat kepada kredibiliti calon dan isu semasa. Pengundi tidak lagi akan melihat faktor parti politik, maka peluang setiap parti adalah sama. PKN menghormati kekuatan dan peluang parti lain untuk memenangi PRU, PKN masuk ke gelangang PRU 15 bukan untuk bermusuhan dengan mana mana parti politik. PKN akan sentiasa berkerjasama dengan mana mana parti dan pemimpin yang sehaluan dengannya demi ibu pertiwi.
*Penulis merupakan veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Ahli Jawatankuasa Protem Veterans March to Parliament (V4MP)
PENAFIAN:
Air Times News Network tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.