Home Diskusi Buaya Berenang: Pedang tirus, cerminan identiti kepahlawanan Melayu

Buaya Berenang: Pedang tirus, cerminan identiti kepahlawanan Melayu

by Aqilah Azman

Penggunaan peralatan persenjataan selain seperti senjata api pada zaman Melayu suatu ketika dahulu, ianya bukan lagi asing dalam kehidupan orang-orang Melayu. Seni pertahanan diri ini disifatkan sebagai benteng dalam mempertahankan diri dan juga negara daripada dirampas hak penguasaan milik Melayu.

Meskipun, terdapat kaedah dan senjata lain yang digunakan dalam pertempuran, pedang juga berperan penting dan menjadi faktor utama kejayaan orang-orang dahulu dalam melindungi Tanah Melayu.

Menurut Cikgu Wan Yusmar, seorang guru silat dan pedang menyatakan pedang terdapat beberapa jenis bergantung kepada asal dan berdasarkan faktor daerah dan suku. Ini kerana, orang Melayu dahulu tempur di sawah padi mahupun hutan yang mana lebih bertahan lama.

“Falsafah ada mengatakan, bangsa yang bersiap untuk berperang ini barulah dia boleh hidup dengan aman. Bangsa yang tak mahu berperang, memang selalu kena tindas lah,” katanya ketika seminar Pedang yang diadakan di Seremban Ahad lalu.

Maka, demi memastikan identiti dan jati diri Melayu kekal dalam diri seseorang, latihan seperti silat dan pedang harus dilaksanakan secara berterusan dan tidak terhenti.

“Pengamal permainan pedang ni, kena terus menerus memperkenalkan pedang ni kepada masyarakat,” kata Cikgu Wan Yusmar dalam memastikan bangsa Melayu hari ini tidak lupa.

Hal ini, beliau berpendapat dari era tahun 1990an hingga tahun 2000, tiada seorang pengajar pedang di Malaysia. Oleh itu, melalui latihan dan pembelajaran pedang ini generasi kini dapat ilmu dan kemahiran baharu yang betul dan mengamalkannya dengan cara yang betul.

“Jadi, kena bawa ilmu warisan ni, sebagaimana saya belajar, tetapi tanpa mengetepikan aspek-aspek saintifik di dalam seni bermain pedang tu,” tegasnya.

Dengan itu, menerusi kelas latihan pedang yang bernaung di bawahnya adalah menggunakan ‘pedang Biru’ iaitu pedang plastik setebal 4 milimiter dan bukan pedang asal. Ini kerana, cara ini lebih selamat dan tidak berbahaya semasa latihan.

“Sebab itu dalam seminar, kalau nak tengok pertama saya gunakan pedang latihan lah. Jadi, dia lebih ringan,” ujarnya mengenai pedang biru yang mempunyai ‘sangga’ bagi melindungi tangan dan hulu di hujung supaya dapat memegang dengan kemas.

Walau bagaimanapun, pedang high stainless steel turut digunakan bagi pelajar yang sudah mahir, namun tetap ada pemantauan terhadap kawalan diri oleh pelajar.

Di samping, mempelajarinya termasuk dari segi mentaliti dan bukan hanya dari segi teknik bahkan dari segi doktrin perlu betul.

“Kalau tidak nanti bila doktrin tu dah salah, pemahaman pun dah salah, dia akan bawa terus menerus lah. Jadi, kena betulkan apa yang betul, kita betulkan. Apa yang ketengah, kita ketengahkan benda tu,” ujar Cikgu Wan Yusmar.

Dalam pada itu, ciikgu Wan Yusmar juga mencadangkan pembelian dua bilah pedang yang mana satu untuk kegunaan semasa latihan dan satu lagi dalam simpanan untuk digunakan semasa kejadian betul.

Maka, pendedahan mengenai pedang- pedang Melayu ini sewajarnya diketengahkan dan agar generasi masa kini berani dan berminat untuk mengekalkan warisan pusaka Melayu terdahulu. Di samping, menjadikannya senjata berguna dalam menjaga keamanan negara akan datang. -airtimes.my

#AirTimes #Pedang #Warisan #Melayu #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!