Home Pertahanan dan Keselamatan Kapten Dr. Amanthapriya: Bukti peranan wanita penting dalam misi pengaman

Kapten Dr. Amanthapriya: Bukti peranan wanita penting dalam misi pengaman

by Suraya Aziz

Meskipun kini sudah berkurangan, namun masih wujud sentimen yang mempersoalkan sumbangan anggota wanita dalam misi pengaman antarabangsa.

Pegawai Perubatan Malaysian Battalion (MALBATT 850-11), Kapten Dr. Ananthapriyha A/P Ramachandiran berkata, pengalamannya kali pertama dalam misi pengaman di luar negara buat cukup lengkap dengan pahit dan manisnya.

Menurutnya, sepanjang setahun bertugas di Lubnan, beliau bukan sahaja terlibat dalam rawatan perubatan, malah turut berpeluang untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan dan pegawai perubatan dari pelbagai negara,

“Banyak pengalaman yang pahit dan manis sepanjang misi dan akan jadi memori sepanjang hidup. Impacted my life in many ways and will be remembered forever,” katanya kepada Air Times. 

Pegawai Perubatan Malaysian Battalion (MALBATT 850-11), Kapten Dr. Ananthapriyha A/P Ramachandiran berkata, pengalamannya kali pertama dalam misi pengaman di luar negara cukup lengkap dengan pahit dan manisnya.Foto: Air Times/Pasri

Selain itu,  Dr. Ananthapriyha berkata, penugasan ini turut membuka mata mengenai rawatan di luar negara yang sangat berbeza dengan situasi di Malaysia, khususnya dalam misi di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Banyak perkara yang berlaku tetapi secara peribadi sebagai seorang doktor, ia adalah pengalaman baru dalam aspek merawat orang. Sebab kita merawat orang di negara lain, cara berbeza dan kita juga berpeluang merawat orang tempatan di sana,

“Kita juga belajar aspek baharu dalam perubatan lapangan dari sudut pandangan PBB, berbeza dari kebiasaan perubatan tentera Malaysia,” ujarnya lagi. 

Kebanyakkan anggota wanita MALBATT merupakan seorang ibu, jadi tanggungjawab kepada keluarga memberi kesan emosi yang besar namun saya percaya cabaran ini menjadikan penglibatan mereka lebih bermakna – Dr. Amanthapriya. Foto:Air Times/N.Huda

Sebagai wanita dalam misi pengaman, Amanthapriya meluahkan, cabaran terbesar adalah berjauhan dari keluarga. 

Bagi beliau dan rakan-rakan anggota pengaman yang kebanyakkan seorang ibu, tanggungjawab kepada keluarga memberi kesan emosi yang besar namun percaya cabaran ini menjadikan penglibatan mereka lebih bermakna.

“Penglibatan kami (wanita) dalam MALBATT juga penting, terutamanya kerana penduduk tempatan khususnya wanita lebih selesa dengan anggota pengaman wanita,

“Kehadiran wanita dalam misi ini sama penting dengan kehadiran  anggota pengaman lelaki,” tambahnya.

Kumpulan pertama MALBATT 850-11 yang diketuai Komander Errudin Bujang TLDM telah mendarat di Pangkalan Udara Subang pada 10 November lalu. Foto:Air Times/N.Huda

Terdahulu, kumpulan pertama MALBATT 850-11 yang terlibat dengan misi pengaman di Selatan Lubnan selamat tiba ke tanah air pada 10 November lalu.

Kepulangan kontinjen itu susulan tamat tempoh setahun berkhidmat dalam Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) dan digantikan dengan atur gerak pergiliran MALBATT 850-12 secara berfasa bermula 6 hingga 20 November 2024.-airtimes.my 

#MALBATT #Pertahanan #Lubnan #MisiPengaman

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!