Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tranformasi KPTD 2023 berkesan, tingkat keupayaan dan kompentensi kor

Tranformasi KPTD 2023 berkesan, tingkat keupayaan dan kompentensi kor

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Nov –  Penetapan hala tuju transformasi yang telah dirangka dan dilancarkan pada tahun 2023 berfokuskan peningkatan keupayaan serta  kompentensi Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) telah memberi impak positif kepada seluruh warganya.

Pengerusi KPTD, Brigedier Jeneral Abd Wahab Geoh berkata, transformasi dengan 7 teras strategik, 5 piagam pelanggan, 30 objektif strategik dan 85 iniasiatif telah banyak membantu KPTD mengharungi cabaran, serta lebih berfokus untuk meningkatkan keupayaan, termasuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan berkesan.

Tegasnya, segala kejayaan yang dikecapi sehingga hari ini adalah usaha gigih yang berterusan oleh seluruh warga KPTD selama ini.

“Sebagai kor yang kecil KPTD, amat memerlukan sokongan pihak atasan dan pihak-pihak yang mempunyai pengaruh bagi membantu dan menyokong memaju serta memakmurkan kor kita,

“Tanpa sokongan ini pasti sukar untuk kita berjaya,” katanya dalam perutusan Pengerusi Kor sempena Hari Ulang Tahun KPTD ke-71, di Pusat latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT), Kem Genting Klang, hari ini.

‘Satu hati satu jiwa satu matlamat dan Bikin Sampai Jadi’ telah terpahat dan sebati di dalam jiwa setiap warga KPTD bagi mencetuskan nilai-nilai positif untuk menang, dan kemahuan untuk melaksanakan tugas hanya yang terbaik. Foto:AirTimes/N.Huda

Jelasnya, kejayaan KPTD ini merangkumi perkara-perkara yang melibatkan pemerkasaan dan pembangunan sumber manusia, latihan, peningkatan kerjaya, perolehan aset-aset baru yang secara tidak langsung membina imej positif KPTD.

Ia termasuklah penambahan kereta Peronda Jenis Honda Civic 1.5 Turbo sebanyak 10 unit dan motosikal penguatkuasa Jenis BMW 1250RT sebanyak 40 buah lagi bernilai RM 17 Juta akan diperolehi oleh KPTD pada tahun 2025.

“Dengan peningkatan persembahan dan kejayaan menghiburkan rakyat Malaysia seluruh negara dan berjaya menjadi salah satu icon kepada Tentera Darat, Panglima Tentera Darat telah meluluskan perolehan motosikal baharu Army Red Warrior sebanyak 12 buah bernilai RM 1 Juta,

“Selain itu, peralatan pelbagai berupa pakaian dan alat perlindungan keselamatan bernilai RM 300,000.00 juga akan diperolehi pada tahun 2025,” jelasnya lagi.

Seramai 15 pegawai dan 187 anggota yang diketuai Leftenan Kolonel Mohd Yus Maizan Yaakub dari Jabatan Arah Polis Tentera telah terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun KPTD ke-71, hari ini. Foto: AiTimes/N.Huda

Abd Wahab turut menjelaskan, bagi tahun 2023 dan 2024 KPTD telah memperolehi peralatan khusus bernilai RM4 Juta.

“Peralatan-peralatan ini telah dan akan diagihkan kepada pasukan-pasukan dari masa ke semasa,

“Perolehan peralatan-peratan ini telah banyak membantu KPTD melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan secara tidak langsung menaikkan moral warga KPTD untuk melaksanakan tugas,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Pengerusi KPTD telah menyaksikan perbarisan melibatkan seramai 15 pegawai dan 187 anggota yang diketuai Leftenan Kolonel Mohd Yus Maizan Yaakub dari Jabatan Arah Polis Tentera.

Kapt Fatimatuz Zaharah Shamsudin dari Cawangan Provos Marsyal Angkatan Tentera Malaysia telah dianugerahkan sebagai Pegawai Terbaik Kor Polis Tentera Diraja pada tahun ini. Foto: AirTimes/N.Huda

Pengerusi KPTD juga turut menyampaikan pingat, pemakaian pangkat dan anugerah kepada pegawai serta anggota yang telah mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang tahun sama ada di peringkat Tentera Darat Malaysia (TDM) mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Para veteran KPTD, penonton juga telah dipersembahkan dengan pertunjukan Tempur Tanpa Senjata (TTS) dan persembahan dari Tim Akrobatik Army Red Warrior (ARW) yang sememangnya menjadi simbolik bagi KPTD.-airtimes.my

Salah satu aksi yang dipamerkan oleh peserta Tempur Tanpa Senjata (TTS) KPTD. Foto: AirTimes/Zulhaizi

#KPTD #TDM #airtimes #Malaysia #ARW #KPTD71

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!