Home Pertahanan dan Keselamatan Kes pelatih junior UPNM dipijak: MINDEF serah siasatan kepada polis

Kes pelatih junior UPNM dipijak: MINDEF serah siasatan kepada polis

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyerahkan kepada pihak Polis untuk menyempurnakan siasatan berhubung kes kecederaan seorang pelatih Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipercayai cedera akibat dipijak pelatih senior.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan media berhubung insiden tersebut yang kini tular, dan satu laporan polis telah dibuat bagi menyiasat kejadian itu secara menyeluruh.

“MINDEF menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyempurnakan siasatan,

“Kami berpendirian bahawa kejadian sebegini tidak wajar dan boleh merosakkan imej UPNM serta institusi pendidikan tinggi,” katanya dalam hantaran di laman sosialnya, pada Ahad.

Terdahalu, media tempatan melaporkan penuntut tahun satu UPNM, Kem Sungai Besi mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang dipercayai dipijak penuntut senior.

Kejadian itu berlaku pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang penuntut universiti sama yang melecur di badan akibat ditekap dengan seterika oleh penuntut senior.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.40 malam kelmarin.

Menurutnya, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 10.45 malam 21 Oktober lalu, ketika mangsa berada di tepi padang kawad setelah selesai panggil nama.

Sehubungan itu, Khaled menegaskan, pihaknya memandang serius isu tersebut dan akan memberi perhatian penuh bagi memastikan integriti serta keselamatan di UPNM terjamin.

Beliau menyatakan komitmen kementerian untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi menangani insiden ini dengan telus dan adil.-airtimes.my

#buli #UPNM #pelatih #dipijak #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!