Home Diskusi Hamas seru hentikan perang di Gaza selepas kemenangan Donald Trump

Hamas seru hentikan perang di Gaza selepas kemenangan Donald Trump

by Muhammad Izzat

Kumpulan Hamas, yang berpusat di Gaza, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan menyeru penghentian segera operasi ketenteraan di Gaza susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

Kemenangan Trump dilihat sebagai peluang baru untuk meredakan ketegangan yang semakin memuncak, sekali gus membuka ruang bagi pendekatan damai dalam konflik yang berpanjangan.

Menurut kenyataan Hamas kepada Newsweek menyatakan bahawa kemenangan Trump perlu dijadikan pemangkin untuk mencari jalan penyelesaian politik yang lebih menyeluruh.

“Keamanan tidak akan tercapai tanpa keadilan kepada rakyat Palestin, dan kemenangan ini adalah peluang untuk mewujudkan keamanan yang diidamkan oleh semua pihak.” kata jurucakap Hamas kepada agensi.

Kenyataan tersebut menunjukkan harapan Hamas agar pemimpin baharu Amerika Syarikat dapat memainkan peranan lebih konstruktif dalam usaha diplomatik di Timur Tengah.

Perang yang berlanjutan di Gaza telah menyebabkan krisis kemanusiaan yang serius, dengan banyak kawasan terjejas akibat serangan udara dan darat..

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta beberapa negara jiran juga telah menyeru kedua-dua pihak untuk menahan diri demi menjaga keselamatan penduduk awam.

Dalam pada itu, kemenangan Trump turut menimbulkan reaksi bercampur-baur dalam kalangan sekutu rapat Amerika Syarikat di Timur Tengah.

Beberapa negara beranggapan bahawa kemenangan Trump boleh memperkukuh hubungan antara Amerika dan Israel, namun ada juga yang berharap Trump akan mengambil pendekatan lebih seimbang dalam menangani isu Palestin-Israel.

Walaupun langkah Hamas ini dipandang skeptikal oleh sesetengah pihak antarabangsa, harapan untuk penyelesaian diplomatik akan terus dikemukakan.

Pihak-pihak berkepentingan antarabangsa menyeru agar kedua-dua pihak, Israel dan Palestin, mempertimbangkan situasi ini sebagai peluang untuk mencapai perjanjian damai yang lebih kukuh dan mapan. -airtimes.my

#airtimes #Gaza #Trump2024 #Hamas #krisisPalestin

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!