Home Semasa Anggota MALBATT 850 cedera: Malaysia kutuk serangan berterusan Israel di Lubnan

Anggota MALBATT 850 cedera: Malaysia kutuk serangan berterusan Israel di Lubnan

by Zulhaizi Rosdi

PUTRAJAYA, 8 NOV – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel yang menyerang secara berterusan hingga mencederakan 4 anggota tentera Malaysian Battalion atau MALBATT-850.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa serangan yang dilakukan Angkatan Pertahanan Israel itu tidak boleh diterima sama sekali.

“Kerajaan Malaysia mengecam sekeras kerasnya tindakan kejam rejam zionis israel dan ini tidak boleh dterima.

“Apa yang Menteri Pertahanan telah sebut mengenai perancangan sekiranya perlu diambil apa apa tindakan, kita rujuk kepada Kementerian Pertahanan nanti,” katanya pada sidang media mingguan pasca Mesyuarat Kabinet hari ini.

Fahmi berkata, serangan Israel itu telah mensasarkan sebuah kenderaan yang berada berhampiran dengan bas yang membawa sejumlah anggota MALBATT-850.

“Pihak Jemaah Menteri dan Kerajaan mengkutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan berterusan terhadap Lubnan dan juga pasukan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL),” katanya.

Semalam, Tentera Darat Lubnan melaporkan seramai 4 anggota MALBATT 850 dilaporkan cedera dalam satu serangan Israel di Sidon, Selatan Lubnan.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika kenderaan membawa anggota pengaman MALBATT yang bertugas di bawah UNIFIL sedang melalui sekatan jalan Tentera Lubnan.

“Tentera Israel telah mengebom sebuah kereta yang melalui Awali di Sidon.

“Serangan ini menyebabkan 3 warga Lubnan maut,” katanya. -airtimes.my

#MALBATT850-12 #UNIFIL #Lubnan #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!