Home Pertahanan dan Keselamatan Gagal serah Black Hawk, kontrak sewaan dibatalkan – Mohamed Khaled

Gagal serah Black Hawk, kontrak sewaan dibatalkan – Mohamed Khaled

by Nurulhuda

SUBANG, 6 Nov – Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah mengeluarkan notis pembatalan kontrak sewaan 4 helikopter Black Hawk kepada syarikat kontraktor selepas kegagalan pihak terbabit membekalkan helikopter berkenaan untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan itu diputuskan selepas syarikat berkenaan tidak memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan walaupun sudah dilanjutkan sehingga akhir Oktober lalu.

“Sudah habis Oktober, tiada apa-apa (penerimaan Black Hawk),

“Notis pembatalan sudah pun dihantar,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Kumpulan Pertama Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini kontrak sewaan empat helikopter Sikorsky UH-60A+ Black Hawk kepada Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia.

Pada Mei tahun lalu, MINDEF telah menandatangani perjanjian sewaan lima tahun bersama Aerotree Defence and Services, sebuah syarikat tempatan, untuk membekalkan empat helikopter Black Hawk kepada TDM.

Berdasarkan perjanjian tersebut, helikopter pertama dijadualkan diserahkan pada November 2023, namun tarikh tersebut kemudiannya ditunda ke April tahun ini.

Namun, setelah syarikat terbabit masih tidak dapat memenuhi syarat penyerahan, pihak kementerian akhirnya mengambil keputusan untuk membatalkan perolehan tersebut.

Sebelum ini, Mohamed Khaled berkata, MINDEF kemungkinan akan membatalkan kontrak sewaan 4 helikopter UH-60A Black Hawk berkenaan.

Bagaimanapun katanya, TDM akan memikirkan cara alternatif selepas pembatalan kontrak penghantaran terbabit.-airtimes.my

#pertahanan #airtimes #BlackHawk #TDM #aset #Khaled #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!