Home Semasa TLDM miliki kapal logistik MRSS, kawal keselamatan perairan negara

TLDM miliki kapal logistik MRSS, kawal keselamatan perairan negara

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 5 NOV –  Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan perolehan kapal Multi Role Support Ship (MRSS) di bawah RMKe-13.

Berikutan, dalam memenuhi keperluan pengangkutan laut strategik dan operasi amfibi.

“Kapal MRSS ini berupaya membawa sekurang-kurangnya 2 buah helikopter dan bertindak sebagai kapal induk bagi tujuan pelbagai operasi maritim,” kata Menteri Pertahanan, Khaled Nordin.

Sehubungan itu, TLDM membangunkan pelan pembangunan keupayaan dominan laut dalam memperkasakan keupayaan pertahanan dan kapasiti ATM.

Berikutan, selaras kertas Putih Pertahanan menerusi Penjajaran Pelan Transformasi TLDM 15to5 Platform dalam pencegahan sebarang bentuk ancaman di kawasan perairan negara.

“Kerajaan perlu memberi fokus terhadap perolehan aset-aset strategik yang telah digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan,”

Justeru, membangunkan Angkatan Masa Hadapan, Kertas Putih Pertahanan menjelaskan perancangan Kerajaan dalam merealisasikan strategi Cegah Rintang Berpadu.

Strategi ini menggariskan keperluan keupayaan TLDM yang merangkumi keupayaan pelbagai dimensi peperangan maritim, pengangkutan laut strategik serta operasi amfibi.

Mengulas lanjut, sebanyak 53 buah kapal terdiri dari pelbagai kelas dioperasikan oleh TLDM dalam memenuhi operasi serta pelaksanaan rondaan Zon Maritim Malaysia.

Susulan, melibatkan kapal selam, frigat, korvet, kapal ronda, kapal logistik, kapal penangkis periuk api, kapal latihan, kapal layar dan kapal hidrografi.

Dalam memastikan keselamatan perairan negara, Kementerian Pertahanan melalui Tentera Laut Diraja Malalysia (TLDM) sentiasa komited bagi mencegah sebarang bentuk ancaman di perairan negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!