KUALA LUMPUR, 5 NOV- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan kementerian Pengangkutan sedang berunding tawaran daripada syarikat Ocean Infinity dari United Kingdom.
Berikutan, bagi meneruskan operasi pencarian dasar laut di satu lokasi baharu dianggarkan seluas 15,000 km persegi di Selatan Lautan Hindi dalam mengesan bangkai pesawat MH370.
Menurut Anthony, selaku negara pendaftaran pesawat MH370, operasi pencarian tersebut merupakan cadangan kukuh atau Credible dan boleh dipertimbangkan oleh kerajaan.
Dengan itu, lokasi pencarian baru yang dirujuk oleh Ocean Infinity berasaskan maklumat serta analisis data terkini yang telah dibuat oleh pakar-pakar dan penyelidik.
“Mengikut prinsip ‘no find, no fee’, kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran kepada syarikat ini, sekiranya tiada sebarang bangkai pesawat yang ditemui,” ujarnya lagi.
Lanjutan, pencarian selanjutnya akan dipertimbangkan oleh kerajaan dan merupakan pendirian konsisten oleh kerajaan Malaysia.
Menteri Pengangkutan memaklumkan aspirasi pencarian bangkai MH370 tidak akan diabaikan sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baru yang sahih dan kukuh mahupun Credible Evidence diperolehi.
Berhubung rundingan bersama pihak Ocean Infinity, kos ganjaran sebanyak RM70 juta masih sama dengan permintaan oleh mereka pada tahun 2018 lalu. -airtimes.my