Home Semasa AI: Kementerian Digital wujud garis panduan khusus keselamatan siber

AI: Kementerian Digital wujud garis panduan khusus keselamatan siber

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Kementerian Digital merancang membangunkan garis panduan khusus bagi keselamatan siber dalam penggunaan teknologi AI, pemantauan dan pengesanan ancaman.

Berikutan, menerusi program latihan dan kempen kesedaran buat pengguna dan pembangun serta pusat pemantauan dan sistem, berasaskan yang mengaplikasikan teknologi AI.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo, pelbagai strategi telah dirancang untuk meningkatkan keselamatan siber dalam era digitalisasi dan penggunaan AI Generatif.

“Memberi fokus kepada keselamatan model AI merupakan salah satu aspek penting selain keselamatan aplikasi sistem AI,” Gobind Singh.

Justeru, memandangkan model AI menjadi sasaran serangan penggodam atau pelaku ancaman dalam melemahkan keupayaannya.

Selain itu, antara pendekatan keselamatan siber dengan pemakaian zero trust concept di mana tiada entiti dalam atau luar rangkaian boleh dipercayai secara automatik.

Sehubungan itu, rangka kerja peraturan dan amalan terbaik perlu dikembangkan melalui penetapan dengan garis panduan yang jelas mengenai penggunaan AI.

“Penekanan terhadap privasi, akauntabiliti serta penggunaan AI yang beretika.”

Beliau turut menegaskan, bagi meningkatkan pertahanan menerusi perkongsian makluamat memerlukan kerjasama sektor awam dan swasta bagi ancaman dan pembangunan penyelasaian secara holistik.

Di samping, latihan keselamatan digital disediakan secara meluas dalam mempersiapkan organisasi terhadap serangan siber dengan strategi mitigasi yang berkesan.

Hal ini, Program Literasi AI juga bagi memastikan semua pihak berkepentingan memahami faedah dan risiko AI Generatif selain memupuk budaya keselamatan siber. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!