Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Taufan Kristine: Helikopter TUDM mula hantar bantuan ke Bicol, Filipina

Taufan Kristine: Helikopter TUDM mula hantar bantuan ke Bicol, Filipina

by Nurulhuda

FILIPINA, 28 Okt – Pesawat EC 725 AP Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan telah mula menghantar barangan keperluan pada hari pertama Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) ke kawasan terjejas di Filipina.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, misi itu membabitkan penerbangan pergi balik dari Pangkalan Udara Villamor ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol dengan membawa 3 unit bot angin (outboard inflatable boats) beserta enjin sangkut dan 10 kotak peralatan menyelamat (life savings equipments).

“Kesemua keperluan yang dihantar tersebut adalah bagi kegunaan di kawasan pendalaman dan sekitar Bandar Legazpi, Bicol yang terkesan dengan bencana banjir besar akibat Taufan Tropika Kristine (Trami),

“Misi penerbangan pertama ini telah dilaksanakan oleh Mejar Aslam Hariri TUDM dengan dibantu oleh 2 anak kapal dan 3 anggota teknikal,” jelas TUDM lagi.

Selain TUDM, misi HADR di Filipina turut disertai oleh Tentera Udara Filipina (PAF) dan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), yang bekerjasama untuk memastikan bantuan sampai ke kawasan paling kritikal.

Terdahulu, pesawat TUDM tiba di Pangkalan Udara Villamor pada petang Sabtu dan bersedia untuk meneruskan misi bantuan ini pada hari-hari berikutnya.-airtimes.my

#TUDM #airtimes #Malaysia #Filipina #bantuan #taufan

Related Articles

Leave a Reply