Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat PMBTD bawa inisiatif kesihatan, pendidikan ke komuniti Orang Asli Sungai Gabai

PMBTD bawa inisiatif kesihatan, pendidikan ke komuniti Orang Asli Sungai Gabai

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) telah melaksanakan Program Kemasyarakatan Komuniti Setempat Peringkat PMBTD di Kampung Orang Asli Sungai Gabai melalui inisiatif Program Jiwa Murni.

Program yang dianjurkan oleh 71 Rejimen Semboyan Diraja (71 RSD) ini melibatkan penyertaan seramai 110 pegawai dan 130 anggota.

Menurut PMBTD, objektif program ini adalah untuk memperkukuh hubungan kerjasama awam-tentera, selain memupuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai kesihatan.

“Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dan aspek kerohanian dalam kalangan masyarakat Orang Asli Sungai Gabai,” jelas PMBTD dalam kenyataan, semalam.

Anak-anak Orang Asli Sungai Gabai turut mengikuti Program 3M (Menulis, Membaca, Mengira). Foto: PMBTD

Program Jiwa Murni ini menampilkan pelbagai aktiviti bersama warga Orang Asli, termasuk pengedaran produk GSPS, pemeriksaan kesihatan, Program 3M (Menulis, Membaca, Mengira), pertandingan mewarna, sukaneka, Klinik Ibadah, dan pertandingan karaoke.

Kerjasama ini turut melibatkan Cawangan Risik, Cawangan Kesihatan, Sel Pendidikan, dan Sel Agama dari Markas PMBTD.

Program ini juga selaras dengan Pelan Strategik Tentera Darat dan Perintah Ulung Keempat PMBTD Ke-24 yang menekankan kepentingan meningkatkan hubungan Tentera dan awam melalui pendekatan Whole of Government and Society (WOGOS).

Inisiatif seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan masyarakat, tetapi juga membuktikan komitmen tentera dalam pembangunan komuniti dan meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.-airtimes.my

#pertahanan #PMBTD #PJM #OrangAsli #SungaiGabai #Selangor #TDM #airtimes

Related Articles

Leave a Reply