Sesebuah pertahanan di sesebuah negara semestinya memiliki sistem yang berdaya menjamin keselamatan dan perlindungan dari sebarang ancaman musuh dari dalam mahupun luar negara.
Selain mempunyai asset jentera, penggunaan sistem dalam mengendalikan kuasa dan hal ehwal pertahanan, juga satu elemen penting dalam angkatan bersenjata bagi melindungi sasaran penting dan kawasan berkepentingan.
Maka, Malaysia yang pernah memiliki Starburs sebelum ini, Anggota Tentera Malaysia (ATM) memperoleh Starstreak yakni satu sistem pertahanan dari permukaan ke udara dengan memiliki sistem peluru berpandu jarak dekat (VSHORAD) tercanggih.
Menurut Ketua Tim Projek Starstreak, Kolonel Zainal Mohd Noor, seramai 12 anggota ATM dihantar ke United Kingdom bagi mempelajari penggunaan sistem tersebut pada Oktober lalu. Tambahnya lagi, sistem interim peluru berpandu tersebut dipinjamkan sepenuhnya oleh syarikat pembekal bermula tahun 2018.
Penggantian sistem pertahanan udara teknologi lama, Starstreak berasal dari United Kingdom ini diguna pakai oleh ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM serta ditempatkan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara.
Hal ini demikian, Starstreak satu sistem yang berkeupayaan berkelajuan tinggi serta mampu memberi kuasa tembakan yang kukuh dengan kelajuan hampir 1000 meter/saat dengan jarak berkesan tujuh (7) kilometer radius.
Dalam pada itu, sistem yang direka pada tahun 1980 dengan memiliki spesifikasi panjang 1.397m (4ft 7in), berat 14kg (31 lb) dan diameter 13 cm (5.1 in) ini berdaya capai ketinggian terbang hingga 7km (22, 966ft).
Sistem dihasilkan oleh Thales Air Defense di Belfast, Ireland Utara yang dahulunya (Short Missile Systems) juga boleh digunakan sebagai sistem pertahanan udara mudah alih manusia (MANPADS) yang dipandu dengan laser mahupun dalam sistem yang lebih berat.
Starstreak atau turut dikenali Misil Kecepatan Tinggi High Velocity Missil (HVM), berfungsi sebagai salah satu medium yang mencegah rintang ke atas pesawat musuh yang memasuki ruang udara negara.
Malahan HVM ini dirancang melawan ancaman dari pesawat terbang rendah yang sangat tinggi dan melaksanakan serangan ‘pop up’ yang cepat dari serangan helikopter. Sistem jarak dekat terpantas dengan kecepatan maksimum 3 MACH ini, direka unik signifikan berbanding dari misil SHORAD.
Seperti sedia maklum, setakat ini United States, China, India dan Rusia telah memperlihatkan kemampuan hipersonik di mana senjata tercepat ‘misil Zircon’ Rusia yang melakukan perjalanan dengan kelajuan 8 MACH dan jangkauan 1.000 km.
Di samping, alat sistem berukuran kecil dan ringan yang mudah dibawa oleh tentera ke medan perang, mampu mensasarkan ke udara pada jarak maksimum 7km dan ketinggian hingga 5km. Ia juga menjejak sasaran menggunakan penglihatan unit bidik yang distabilkan secara optik.
Dengan keunggulan sangat pantas tahan terhadap gangguan serta kelebihan yang ada pada sistem Starstreak bernilai anggaran £100000-130000 ($127000- $168740) ini, secara tidak langsung menarik negara-negara luar seperti Indonesia, Britain, South Africa, Thailand dan khususnya Malaysia untuk memanfaatkannya dalam pertahanan.
Demikian, ia meliputi energi kinetik yang cukup untuk bermanuver bagi memenuhi sasaran yang dapat menghindar pada jarak 7.000 meter, 9g, bahkan memiliki keunggulan berbanding misil inframerah yg dipandu inframerah, radar yg dipandu oleh radar.
Walau bagaimanapun, Starstreak yang mampu menghancurkan pesawat terbang rendah dan paling kuat dengan jangkauan 1500 hingga 5500 meter serta menggunakan sinat panduan laser sebelum ini, sasaran harus dijaga pada setiap saat bilamana kini menggunakan sinar laser tunggal.
Hal ini kerana, misil membawa energi laser yang dipantulkan dari sasaran, dan sekiranya keluar daripada sasaran, pantulan tersebut akan berakhir bahkan hilang panduan sehinggalah sasaran diperoleh kembali.
Antara kebanyakan negara yang memiliki Starstreak, China antara negara yang lebih maju dan tercanggih serta cepat Misil Balistik Antarbenua (ICBM) iaitu dengan mampu mencapai kecepatan pada 25 MACH (30.625 km/jam atau 19.030mph) dan menempuh jarak 15.000km (9.320 mil)
Starstreak yang telah berkhidmat dengan Tentera British sejak 1997, pertama kali beroperasi secara aktif selama konflik Irak pada tahun 2003 dan selama 19 tahun terakhir misil dan digunakan dalam berbagai operasi oleh Inggris serta pengguna global. -airtimes.my