Home SemasaGlobal Israel lakukan serangan ke atas sasaran ketenteraan di Iran

Israel lakukan serangan ke atas sasaran ketenteraan di Iran

by Nurulhuda

ISTANBUL, 26 Okt – Israel pada awal pagi Sabtu melaporkan bahawa Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah melancarkan serangan tepat ke atas beberapa sasaran ketenteraan di Iran, menyusuli beberapa letupan yang dilaporkan berlaku di sekitar Tehran, lapor Agensi Anadolu.

Jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Danial Hagari dalam kenyataan memaklumkan bahawa pada masa ini, Pasukan Pertahanan Israel sedang melaksanakan serangan tepat ke atas sasaran ketenteraan di Iran.

Radio tentera Israel melaporkan bahawa puluhan pesawat Israel terlibat dalam serangan ini, menyasarkan kawasan di Tehran, Meshed, serta sebuah stesen janakuasa di Karaj.

Sementara itu, agensi berita separa rasmi Iran, Fars, turut mengesahkan laporan tentang letupan yang kedengaran di ibu negara Iran, Tehran.

Laporan serupa dari agensi berita Syria, SANA, menyebutkan bahawa bunyi letupan turut dikesan di ibu negara Syria, Damsyik.

Namun, sehingga kini, tiada maklumat lanjut yang didedahkan mengenai perkembangan atau kerosakan yang berlaku akibat serangan tersebut.-airtimes.my

#global #Iran #airtimes #serangan #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply