Home Semasa LTAT sumbang RM75,000 perkukuh usaha MALBATT di Lubnan

LTAT sumbang RM75,000 perkukuh usaha MALBATT di Lubnan

by Zulhaizi Rosdi

KUALA LUMPUR, 25 OKT – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama kumpulan syarikatnya mengisytiharkan sokongan aktif mereka terhadap usaha Kontinjen Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 di Lubnan.

Sokongan itu dibuat melalui penyerahan sumbangan barangan keperluan asas bernilai lebih daripada RM75,000 merangkumi beg sekolah, set alat tulis, tuala, lampin bayi dan vitamin yang akan digunakan untuk membantu komuniti yang terkesan di Lubnan.

Ketua Eksekutif LTAT, Ashraf Radzi, ia merupakan sumbangan daripada Boustead Holdings Berhad, Boustead Plantation Berhad, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, Boustead Heavy Industries Corporation, Boustead Properties Berhad dan Pharmaniaga Berhad.

“LTAT komited untuk menyokong usaha anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap Misi Civil-Military Coordination (CIMIC) di bawah MALBATT.

“Inisiatif ini mencerminkan dedikasi kami terhadap kebajikan anggota ATM serta tanggungjawab kami untuk membantu komuniti yang memerlukan, terutamanya dalam situasi konflik.

Ujarnya lagi, LTAT berbangga dapat menyumbang kepada usaha kontinjen MALBATT di Lubnan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

“Ikhtiar ini menunjukkan kerjasama secara kolektif LTAT dan kumpulan syarikatnya.

“Setiap entiti telah bersatu untuk memainkan peranan yang penting dalam memberikan sokongan khusus untuk misi ini,” katanya. -airtimes.my

#Airtimes #LTAT #MALBATT #Lubnan

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!