Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Eks Naga Emas: TLDM-MISC perkukuh keupayaan hadapi ancaman maritim

Eks Naga Emas: TLDM-MISC perkukuh keupayaan hadapi ancaman maritim

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 OKT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama MISC Berhad mempertingkatkan tahap kesiagaan dan keupayaan dalam menghadapi ancaman keganasan maritim menerusi Eksesais Naga Emas siri 70/24.

Menurut TLDM, latihan yang melibatkan Tim Penggempur Pasukan Khas Laut (PASKAL) bersama Skuadron 502 dan KD Gagah Samudera itu dilaksanakan di perairan Tanjung Lompat, Kota Tinggi, Johor.

Latihan yang dilaksanakan pada 14 Oktober lalu itu membabitkan seramai 11 pegawai dan 56 anggota serta dijalankan mengikut 3 fasa iaitu Force Integration Training (FIT), Table Top Exercise (TTX) dan Full Misiion Profile (FMP).

“Eksesais Naga Emas merupakan siri eksesais di peringkat taktikal yang dirancang untuk menguji kesiagaan dan keupayaan Tim Penggempur PASKAL dalam melawan keganasan maritim terhadap kapal-kapal yang diselia oleh MISC Berhad,” jelas TLDM dalam laman Facebooknya.

Latihan ini juga bertujuan menguji kesiapsiagaan Group Health Security Environment (GHSE) MISC dalam pengurusan krisis maritim.

“Latihan ini secara langsung membuktikan kemampuan PASKAL dalam melaksanakan operasi anti rampasan kapal dagang dan menyelamat tebusan, selain mengeratkan hubungan di antara TLDM dan MISC,” jelas TLDM lagi.-airtimes.my

#TLM #pertahanan #airtimes #MISC #ancaman #EksNagaEmas #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply