Home Semasa Serangan pengganas di Turkiye: Rakyat Malaysia diminta berwaspada

Serangan pengganas di Turkiye: Rakyat Malaysia diminta berwaspada

by Suraya Aziz

PUTRAJAYA, 24 OKT – Kementerian Luar Malaysia mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan yang berlaku di ibu pejabat Turkish Aerospace Industries (TAI) di Kahramankazan, pada Rabu.

Serangan tersebut telah menyebabkan beberapa kematian dan kecederaan di kalangan pekerja tempatan.

Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya serangan itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada Kerajaan Republik Türkiye serta keluarga mangsa yang terkesan.

“Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Türkiye dan keluarga mangsa yang terkorban dan berharap supaya mereka yang cedera agar segera sembuh,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, Wisma Putra memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara kini sedang memantau dengan teliti tentang sebarang perkembangan lanjut.

“Semua rakyat Malaysia yang berada di Turkiye dinasihatkan supaya kekal tenang, berwaspada dan mengikuti panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” ujar Wisma Putra hari ini.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara atau Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul melalui +(90) 212 98910 01/09 atau +(90) 531 7160551 bagi urusan selepas waktu pejabat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply