Home SemasaGlobal Selepas 3 minggu, Hezbollah sahkan kematian bakal pengganti Hassan Nasrallah

Selepas 3 minggu, Hezbollah sahkan kematian bakal pengganti Hassan Nasrallah

by M.Daim

BEIRUT, 24 OKT – Selepas hampir minggu, kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan telah mengumumkan kematian individu berprofil tinggi mereka, Hashem Safieddine.

Kematian individu yang bakal menggantikan Hassan Nasrallah itu telah diumumkan oleh Hezbollah dalam satu kenyataan.

Hashem merupakan individu dikatakan calon utama untuk mengetuai kumpulan bersenjata itu.

Israel sebelum ini mendakwa mereka telah berjaya membunuh Hashem dalam satu serangan udara di Beirut.

Namun begitu, Hezbollah menafikan serangan di Dahiyeh, Beirut pada 3 Oktober lalu meragut nyawa ulama Syiah itu.

Hashem merupakan sepupu kepada Hassan Nasrallah dan juga anak menantu kepada pemimpin Quds Force Kor Pengawal Revolusi Iran, Qassem Soleimani.

Hassan dilaporkan terbunuh pada 27 September 2024 di Beirut. Qassem pula maut dalam satu serangan dron yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat pada 3 Januari 2021. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Lubnan

Related Articles

Leave a Reply