Home SemasaGlobal Pengganas serang fasiliti Turkish Aerospace Industries, 4 terkorban

Pengganas serang fasiliti Turkish Aerospace Industries, 4 terkorban

by M.Daim

ANKARA, 24 OKT – Turkiye digegarkan dengan serangan pengganas yang menyasarkan fasiliti teknologi pertahanan negara itu.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya mengesahkan 2 pengganas telah berjaya ditumpaskan dalam insiden yang mengejutkan negara republik itu.

“Malangnya, seramai 4 orang dilaporkan terbunuh dan 14 lagi cedera dengan 3 daripadanya dalam keadaan kritikal,” kata Ali dalam laporan media Turkiye.

Serangan berlaku di fasiliti Turkish Aerospace Industries (TUSAS) Kahramankazan, Yerlikaya.

TUSAS merupakan syarikat pertahanan dan aeroangkasa Turkiye. Syarikat ini turut menghasilkan pesawat tanpa pemandu (UAV) ANKA yang akan digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Global #TUSAS

Related Articles

Leave a Reply