Home Semasa KPDN rampas lebih RM31 juta diesel bersubsidi

KPDN rampas lebih RM31 juta diesel bersubsidi

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 24 OKT – Sebanyak 13.8 liter diesel bersubsidi dengan anggaran nilai lebih RM31 juta telah dirampas dari Januari hingga 19 Oktober 2024.

Menurut statistik Ops Tiris 3.0, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri telah melakukan 30,634 pemeriksaan dan menghasilkan sebanyak 1,561 kes melibatkan penyelewengan diesel.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, menyatakan gerak kerja penguatkuasaan dilaksanakan melalui Ops Tiris telah bermula pada bulan Mac 2023.

“Bermula 20 januari 2024 KPDN telah menempatkan pegawai penguatkuasa secara pentadbiran di 8 pintu masuk,” katanya.

Justeru, menerusi Ops Tiris, KPDN memperkasa kerjasama bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDN), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APNM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi berkaitan.

Mengulas lanjut, KPDN telah membuka sebanyak 6 kertas siasatan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiaayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Dalam pada itu, KPDN telah melaksanakan 3 aspek dalam strategi utama dengan penguatkuasaan, pengurusan risiko dan partisipasi masa sebagai salah satu daripada agenda fokus bagi tahun 2024.

Ini sejajar fokus kerajaan membanteras sebarang ketirisan subsidi yang dipertegaskan oleh YAB Perdana Menteri ketika belanjawan 2025 baru-baru ini, KPDN komited untuk menangani isu penyelewangan diesel bersubsidi.

Selain itu, turut membatalkan dan penggantungan lesen barang kawalan berjadual yang melibatkan penjualan diesel pada peringkat pengilang pemborong dan peruncit. -airtimes.my

#AirTimes #Semasa #KPDN

Related Articles

Leave a Reply