Home Semasa Sambutan terhadap kapal tentera China meriah, bukan luar biasa – Tok Mat

Sambutan terhadap kapal tentera China meriah, bukan luar biasa – Tok Mat

by Zulhaizi Rosdi

KUALA LUMPUR, 14 OKT – Sambutan yang diberikan kepada kapal tentera China yang berlabuh di Pulau Pinang baru-baru ini adalah meriah, bukannya luar biasa, kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Sambutan adalah meriah, bukan luar biasa,” ujarnya semasa sesi soal jawab lisan di Parlimen.

Tok Mat berkata, sambutan yang diraikan ini selaras sempena 50 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

“Kehadiran dua buah kapal tentera laut China ini juga telah mendapat persetujuan daripada Kementerian Pertahanan.

“Kementerian Luar cuma memberi kelulusan diplomatik untuk memasuki perairan kita untuk berlabuh dan selebihnya diuruskan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang,” katanya ketika sesi sidang parlimen pada Isnin.

Selain itu, pihak mereka juga ada membuat permohonan diplomatik untuk mengadakan sesi lawatan ke sekolah yang berunsurkan ‘konfusianisme’.

“Kalau ada apa-apa pelanggaran dari apa yang diminta oleh mereka, kita akan siasat.

“Buat masa sekarang, memang jelas dengan apa yang dimohon semasa permohonan diplomatik ketika itu semuanya tidak melanggar apa yang telah dipohon kepada kita,” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan kedatangan 1,000 pelatih tentera laut China ke negeri berkenaan untuk kunjungan silaturahim.

Pasukan tugas ke-83 Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) itu menaiki dua buah kapal iaitu kapal latihan QI JIGUANG dan kapal JINGGANGSHAN dari Zhanjiang, China. – airtimes.my

#Semasa #PulauPinang #Semasa #Parlimen

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!