Home Semasa Parlimen: Penipuan dalam talian dan Laut China Selatan antara tumpuan sidang hari ini

Parlimen: Penipuan dalam talian dan Laut China Selatan antara tumpuan sidang hari ini

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 14 OKT – Isu penipu dalam talian (scammer) dan Laut China Selatan antara isu pokok yang akan dijawab di Dewan Rakyat pada hari ini.

Kedua-dua isu tersebut merupakan 10 soalan pertama untuk Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong telah meminta pihak Kerajaan untuk menyatakan kesediaan dalam melakukan pemindaan undang-undang berkaitan sindiket penipuan.

“Adakah Kerajaan bersedia membuat pindaan undang-undang yang berkaitan untuk menangani sindiket penipuan (scammer) yang kini menumpukan penggunaan akaun syarikat sebagai akaun keldai untuk menjalankan aktiviti haram mereka selepas pindaan undang-undang di bawah Akta 574 dan Akta 593,” katanya dalam soalan pertama Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen bagi 14 Oktober 2024.

Dewan Rakyat sebelum ini telah meluluskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 untuk meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) pada Julai lalu. Pindaan dibuat bagi mengekang jenayah dalam talian menggunakan akaun keldai bagi menjalankan aktiviti penipuan dalam talian.

Sementara itu Menteri Luar Negeri dijangka akan menjawab persoalan mengenai Laut China Selatan.

Persoalan ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

“Menteri Luar Negeri menyatakan tindakan Kementerian di peringkat antarabangsa dalam menangani isu kedaulatan wilayah maritim Malaysia di perairan Laut China Selatan memandangkan suhu konflik kini yang kian memuncak terutamanya melibatkan negara-negara jiran seperti Filipina,” katanya dalam soalan ke-5 Sesi Soal Jawab Lisan. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Parlimen

Related Articles

Leave a Reply