Home Semasa Pindah ke negeri cuti Jumaat, Sabtu jika tak puas hati – TMJ

Pindah ke negeri cuti Jumaat, Sabtu jika tak puas hati – TMJ

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 OKT – Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad supaya berpindah ke negeri lain.

Baginda bertitah, jika ada pihak yang tidak berpuas hati demi agenda peribadi atau hendak melagakan rakyat serta kepentingan politik, mereka ‘dipersilakan pindah’ ke negeri yang masih bercuti pada Jumaat dan Sabtu.

“Dengan izin dan restu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad,

“Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu,” titah baginda dalam kenyataan malam tadi.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, meskipun masih ada negeri bercuti Jumaat dan Sabtu namun keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan isu berkaitan kehendak rakyat Johor, terutamanya untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga.

“Dalam mempertimbangkan isu berkaitan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak, kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor.

“Ini seterusnya akan membawa keuntungan kepada negeri dan rakyatnya,” titah Tunku Mahkota Ismail.

Baginda bertitah, jika ada pihak yang tidak berpuas hati demi agenda peribadi, hanya nak melagakan rakyat atau untuk kepentingan politik, mereka “dipersilakan pindah” ke negeri yang masih bercuti pada Jumaat dan Sabtu. – Foto FB The Royal Johor

Awal minggu lalu, Air Times melaporkan cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari tahun depan.

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah perkara itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAlNJ).

Baginda turut bertitah agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan akan memberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan Solat Jumaat.-airtimes.my

#semasa #Johor #airtimes #cutihujungminggu #TMJ #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!