Home Pertahanan dan Keselamatan Maritim Malaysia perkukuh jalinan bersama USCG

Maritim Malaysia perkukuh jalinan bersama USCG

by Aqilah Azman

WASHINGTON, 9 OKT – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah, melakukan kunjungan hormat ke atas Commandant of United States Coast Guard (USCG), Admiral Linda Lee Fagan di Washington D.C. baru-baru ini.

Pertemuan tersebut bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan USCG.

“Saya amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan oleh USCG,” katanya.

Dalam pada itu, USCG menyatakan sokongan dan komitmen tinggi dalam usaha yang dilakukan Maritim Malaysia bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.

Pada masa sama, mementingkan kerjasama dalam aspek keselamatan serta Intellingence Surveillance & Reconnaissance (ISR).

Tambah Datuk Haji Mohd Rosli, beliau percaya kerjasama ini akan memperkukuh keselamatan maritim serta memberikan manfaat kepada komuniti antarabangsa. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply