Home Semasa MHO sedia cabar saman fitnah Mashitah

MHO sedia cabar saman fitnah Mashitah

by Suraya Aziz

KUALA LUMPUR, 8 OKT – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama dua defendan lain bersedia mencabar saman fitnah yang difailkan Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Perkara tersebut disurakan oleh MHO dalam satu sidang media pada hari ini.

Mengulas lanjut, saman ini berkait dengan dakwaan MHO terhadap penglibatan beberapa individu dalam Syarikat Dongmei Group, yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia.

Difahamkan, sebelum ini Mashitah melalui peguamnya, Tetuan Akberdin & Co memfailkan saman pada 9 September lalu terhadap MHO, Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin dan Azirul Syafiq di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau juga memohon injunksi interim agar semua hantaran (posting) mengandungi penyataan fitnah terhadapnya diturunkan sementara menunggu perbicaraan penuh.

Pada 3 Oktober 2024, semasa pendengaran di hadapan Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman, MHO dan defendan lain bersetuju menurunkan kandungan berkaitan kes atas nasihat peguam mereka, dengan syarat bahawa persetujuan ini tidak menjejaskan hak mereka untuk mencabar tindakan saman tersebut.

MHO diwakili oleh peguam Tuan Haniff Khatri dan Cik Nur Zulaikha, manakala Datuk Dr Mashitah pula diwakili oleh Datuk Akberdin, Encik Meor Hafiz dan Cik Fatin Izyan.

Dalam perkembangan sama, ketiga-tiga defendan selesai menyerahkan Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas ke atas saman fitnah pada Jumaat.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 25 November 2024 sebagai tarikh pengurusan lanjut di Mahkamah Tinggi Shah Alam. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!