Home Pertahanan dan Keselamatan Maritim Malaysia akan terima USCGC STEADFAST tidak lama lagi

Maritim Malaysia akan terima USCGC STEADFAST tidak lama lagi

by Aqilah Azman

Delegasi Maritim Malaysia telah membuat tinjauan persiapan membawa pulang kapal USCG Cutter (USCGC) STEADFAST ke Malaysia ketika berkunjung di Baltimore, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata kapal tersebut berada dalam keadaan yang baik dan ruang kerja di dalamnya amat selesa bagi menempatkan pegawai serta anggota penguat kuasa Maritim Malaysia.

Menurut beliau, kapal tersebut telah dijadualkan akan dibawa pulang pada penghujung tahun ini.

“Antara aspek penting dititik beratkan dalam membawa pulang kapal tersebut merangkumi kuasa gerak, penjanaan kuasa, struktur badan dan rangka kapal, komunikasi, pandu arah dan domestik,” katanya.

Di samping itu, USCGC STEADFAST bakal meningkatkan keupayaan operasi penguatkuasaan dalam mengimplementasi konsep operasi berteraskan ‘ever present’ dan ‘the right asset for the right mission’ di Zon Maritim Malaysia. -airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #MaritimMalaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!