WELLINGTON, 8 OKT – Sebuah kapal tentera laut New Zealand dilaporkan telah terkandas dan tenggelam di luar pesisir Samoa.
Pihak tentera New Zealand dalam satu kenyataan telah mengesahkan insiden malang yang menimpa kapal hidrografi HMNZS MANAWANUI.
Kapal sokongan itu telah dioperasikan oleh Tentera Laut Diraja New Zealand semenjak tahun 2019.
HMNZS MANAWANUI disahkan tenggelam pada pukul 9 pagi Ahad selepas terkandas pada malam Sabtu.
Kesemua 75 anak kapal HMNZS MANAWANUI telah berjaya diselamatkan dan diterbangkan pulang ke New Zealand.
Difahamkan jana kuasa kapal telah gagal berfungsi ketika HMNZS MANAWANUI sedang melaksanakan operasi hidrografi. Kehilangan tenaga elektrik telah menyebabkan kapal terlanggar beting dan terkandas. – airtimes.my
#AirTimes #Global