Home Pertahanan dan Keselamatan PN gesa pertimbang Black Hawk atau EC725 ganti Nuri

PN gesa pertimbang Black Hawk atau EC725 ganti Nuri

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Perikatan Nasional (PN) hari ini mempersoalkan keputusan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk memilih helikopter Leonardo AW149 oleh bagi menggantikan helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri yang telah dilucut tauliah.

Ketua Portfolio Pertahanan PN, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, berkata pesawat jenis AW149 itu lebih bersifat untuk kegunaan awam di pelantar minyak berbanding kegunaan tempur.

Sebaliknya bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu berkata, helikopter AW149 tidak memenuhi keperluan operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memerlukan helikopter dengan keupayaan tempur dan pelbagai guna.

Sebaliknya, beliau mencadangkan agar helikopter H225M (EC725 Caracal) dijadikan pilihan jika usaha untuk mendapatkan helikopter UH-60 Black Hawk menghadapi kesulitan.

“Helikopter udara yang digunakan oleh ATM adalah lebih kompleks daripada penggunaan pesawat helikopter udara oleh orang awam kerana ia melibatkan kesiagaan kombatan dan juga keperluan pelbagai guna lain,

“Sebagai contoh underslung-lift, pelaksanaan operasi di dalam dan luar negeri serta operasi penerbangan pada waktu malam dan dalam keadaan cuaca buruk) bagi menjaga kedaulatan ruang udara di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahli Parlimen Tanah Merah itu turut berkata, pesawat AW149 akan nampak cantik sewaktu sambutan perarakan kemerdekaan di Putrajaya, tetapi beliau yakin pesawat Black Hawk atau EC725 lebih dihargai oleh warga ATM dalam memenuhi ekspektasi operasi harian mereka menjaga kedaulatan negara.

“Apakah ATM kini sudah menjadi mangsa percaturan ‘pelobi’ kontrak aset pertahanan? dan apakah tragedi kecurangan wang awam melibatkan perolehan aset tentera yang tidak diperlukan oleh ‘end-user’ atau masih dalam bentuk prototaip akan berulang kembali sebagaimana perolehan Littoral Combatant Ship (LCS)?,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Air Times melaporkan, pesawat jenis Leonardo AW 149 ketika ini dipilih bagi menggantikan peranan Nuri untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab berkata, rancangan perolehan helikopter baharu untuk TUDM adalah melibatkan 24 buah helikopter yang dilaksanakan secara berfasa.

“Fasa 1 libatkan 12 unit helikopter Combat Search And Rescue (CSAR) berkeupayaan utiliti dan Fasa 2 adalah 12 buah lagi helikopter,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Perbarisan Hari ATM ke-91 di Kem Segenting, Port Dickson, pada Sabtu.-airtimes.my

#pertahanan #ATM #AW149 #Nuri #TUDM #Malaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!