ISTANBUL, 6 OKT – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menegaskan Israel sengaja mengeksploitasi konflik di Yaman, Syria, dan Iran untuk meluaskan penjajahan di Timur Tengah.
Menurut beliau, Tel Aviv menggunakan konflik serantau sebagai alasan untuk mewajarkan polisi bagi mengembangkan penjajahan mereka.
“Sama seperti pada awal abad yang lalu, satu rancangan yang licik untuk melukis sempadan di rantau kita dengan darah telah dilaksanakan,” kata Erdogan dalam laporan media Turkiye.
Beliau dalam ucapan di sebuah acara parti pemerintah di Istanbul telah merujuk kepada rancangan imperialis pada akhir Perang Dunia I.
Erdogan menambah, Israel menggunakan Hamas, Hezbollah, Yaman, Syria, dan Iran sebagai sebagai alasan.
“Kerajaan Israel mencipta justifikasi baharu setiap hari untuk mengesahkan dasar penjajahan dan pencerobohannya,” ujar beliau.
Erdogan berkata negara-negara Barat telah menutup sebelah mata terhadap tindakan Israel kerana rasa bersalah mereka terhadap Holocaust.
Beliau turut menyeru penyokong tanpa syarat Israel untuk bertindak “secara rasional” dan berhenti membolehkan Israel bertindak sesuka hati mereka. – airtimes.my
#AirTimes #Turkiye #Global