Home Semasa Malaysia alami perubahan cuaca ketara mulai Oktober

Malaysia alami perubahan cuaca ketara mulai Oktober

by Suraya Aziz

KUALA LUMPUR, 4 OKT – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan negara bakal mengalami perubahan cuaca yang ketara bermula Oktober 2024 sehingga Mac 2025.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, fenomena La Nina akan terbentuk sekitar bulan ini dan dijangka berterusan sehingga awal tahun depan.

“Malaysia difahamkan mengalami fasa peralihan monsun bermula 24 September.

“Dalam tempoh ini, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam,” katanya pada Khamis.

Jelasnya lagi, fenomena ini akan memberi kesan khususnya di Pantai Barat, kawasan pedalaman Semenanjung serta di Barat Sabah dan Sarawak.

“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

“Penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan bencana cuaca, terutama ketika musim tengkujuh,” ujarnya. – airtimes.my

#Malaysia #Semasa #meteorologi

Related Articles

Leave a Reply