Home Teknologi Pertahanan Itali terima kapal tempur pelbagai peranan berkapasiti penuh yang pertama dari Fincantieri

Itali terima kapal tempur pelbagai peranan berkapasiti penuh yang pertama dari Fincantieri

by M.Daim

MUGGIANO, 4 OKT – Tentera Laut Itali telah menerima kapal tempur pelbagai peranan (Multipurpose Combat ship, PPA) berkapasiti penuh yang pertama dari Fincantieri .

Kapal yang diberi nama “GIOVANNI DELLE BANDE NERE” merupakan kapal PPA yang keempat diterima oleh angkatan laut negara Eropah itu.

Berbeza dengan kapal sebelumnya, GIOVANNI DELLE BANDE NERE dilengkapi dengan konfigurasi penuh selepas pembaharuan pelan perolehan.

Fincantieri dalam satu kenyataan berkata, pembaharuan dibuat dengan persetujuan kerajaan dan tentera laut Itali.

“Kapal ini (GIOVANNI DELLE BANDE NERE) merupakan PPA yang pertama dilengkapi dengan konfigurasi penuh,” katanya dalam satu kenyataan.

PPA merupakan kapal tempur yang fleksibel dan berupaya untuk melaksanakan pelbagai peranan termasuk rondaan, operasi menyelamat, dan juga misi tempur.

Jelas Fincantieri. Terdapat pebagai konfigurasi tempur untuk kapal ini. Konfigurasi ringan (light) adalah untuk melaksanakan operasi rondaan dan sistem pertahanan diri.

“Konfigurasi ‘full’ pula memenuhi ciri-ciri tempur pada kapasiti penuh,” jelasnya.

PPA mempunyai kelajuan melebihi 31 knot dan dianggotai oleh 171 anak kapal.

Tentera Laut Itali sebelum ini merancang untuk mengoperasikan 7 buah kapal PPA yang diklasifikasikan sebagai kelas THAON.

2 buah kapal PPA Tentera Laut Itali akan diserahkan kepada Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL). Kedua-dua kapal tersebut, MARCANTONIO COLONNA dan RUGGIERO DI LAURIA merupakan PPA yang mempunyai konfigurasi light. – airtimes.my

#AirTimes #teknologipertahanan # Fincantieri #Itali

Related Articles

Leave a Reply