Home SemasaGlobal Bom era Perang Dunia ke-2 meletup, rosakkan landasan lapangan terbang Jepun

Bom era Perang Dunia ke-2 meletup, rosakkan landasan lapangan terbang Jepun

by Muhammad Izzat

TOKYO, 4 OKT – Bom lama yang digugurkan oleh tentera Amerika Syarikat semasas Perang Dunia ke-2 telah meletup di sebuah lapangan terbang di Jepun.

Menurut laporan dari media AFP, letupan tersebut telah menyebakan kerosakan pada landasan dan 80 penerbangan terpaksa dibatalkan serta merta.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Selasa.

Bom A.S. lama yang tidak meletup itu dilaporkan telah tertimbus di lapangan terbang Jepun yang menyebabkan kerosakkan di laluan landasan tetapi tiada kecederaan yang dilaporkan.

Menurut All Nippon Airways dan Japan Airlines, sebanyak 55 penerbangan dibatalkan dan ia menjejaskan lebih 3,400 penumpang.

Pegawai Kementerian Pengakutan dan Darat berkata tiada pesawat berhampiran apabila bom itu meletup di Lapangan Terbang Miyazaki di barat daya Jepun.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshimasa Hayashi, berkata lapangan terbang itu bercadang untuk menyambung semula operasinya pada Khamis.

“Tiada ancaman letupan kedua, malah polis dan bomba sedang menyiasat di tempat kejadian,” katanya lagi

Jabatan bomba menerima panggilan pada 7:59 pagi waktu tempatan bahawa insiden yang melibatkan asap,” kata jurucakapnya kepada AFP

Terdahulu, terdapat bom yang tidak meletup lain yang digugurkan oleh Amerika Syarikat dilaporkan ditemui di tapak pembinaan berhampiran pada 2009 dan 2011. – airtimes.my

#Global #Jepun

Related Articles

Leave a Reply