Home SemasaGlobal Askar Lubnan terbunuh selepas berbalas tembakan dengan Israel

Askar Lubnan terbunuh selepas berbalas tembakan dengan Israel

by Aqilah Azman

BEIRUT, 4 OKT – Seorang askar Lubnan terbunuh dalam insiden tembakan oleh Israel di kawasan Bint Jbeil.

Tentera Lubnan berkata pertempuran berlaku pada Khamis bagi membalas tembakan Israel yang telah menyerah pos tentera.

“Ini adalah tindak balas pertama terhadap tembakan Israel sejak Oktober lalu,” kata pegawai tentera terhadap AFP.

Menurutnya dalam satu kenyataan, seorang askar Lubnan maut selepas mereka membalas tembakan tentera Israel yang menyasarkan pos kawalan mereka.

Ini  merupakan insiden ketiga meragut nyawa tentera Lubnan sejak bermulanya konflik antara Kumpulan bersenjata pro Iran, Hezbollah dengan Israel.

Selain itu, seorang anggota tentera Lubnan serta 4 sukarelawan Palang Merah Lubnan mengalami kecederaan selepas diserang oleh Israel semasa melakukan operasi pemindahan dan penyelamatan dengan Palang Merah Lubnan di Kampung Taybeh. – airtimes.my

#AirTimes #Lubnan #Lubnan

Related Articles

Leave a Reply