Home Semasa 4 rakyat Malaysia dievakuasi dari Lubnan selamat tiba ke tanah air

4 rakyat Malaysia dievakuasi dari Lubnan selamat tiba ke tanah air

by Aqilah Azman

PUTRAJAYA, 4 Okt – Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai empat orang rakyat Malaysia dari Lubnan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah memudahcara pelepasan mereka dari Beirut melalui pesawat komersial,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan akan tiba ke tanah air pada petang hari ini.

Kedutaan Besar Malaysia di Beirut juga menyediakan bantuan yang diperlukan selain memantau secara berterusan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply