Home Semasa 20 maut dalam serangan udara Israel di Tulkarem

20 maut dalam serangan udara Israel di Tulkarem

by Suraya Aziz

TEBING BARAT, 4 OKT – Seramai 20 rakyat Palestin maut selepas Israel melancarkan serangan udara ke Kem Pelarian Tulkarem.

Antara yang terkorban dalam serangan udara itu terdiri daripada pemimpin pasukan pejuang tempatan, Komander Ghaith Radwan dan sebahagian besar orang awam.

Dalam kejadian pada hari Khamis (waktu tempatan), serangan tersebut disasarkan terhadap sebuah kafe popular.

Difahamkan, serangan ini merupakan serangan udara pertama ke atas Tulkarem sepanjang Intifada Kedua (2000-2005), menandakan peningkatan ketegangan di wilayah berkenaan.

Menurut sumber tempatan, aktiviti ketenteraan oleh IDF sudah dimulakan di bandar berkenaan dan kawasan kem pelarian sekitarnya bagi menekan gerakan penentangan terharap Israel di Tebing Barat.

Mengulas lanjut, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan Agensi Keselamatan Israel (ISA) berkata, serangan tersebut bertujuan menyasarkan Zahi Yaser Abd al-Razeq Oufi, ketua rangkaian pengganas Hamas di Tulkarem yang didakwa mengetuai gerakan penentangan di Tebing Barat.

Jelas IDF, serangan udara ini adalah sebahagian daripada operasi yang lebih besar di kawasan utara Judea dan Samaria.

#AirTimes #Global #Palestin

Related Articles

Leave a Reply