Home SemasaGlobal 8 tentera Israel sah terbunuh, puluhan lagi cedera dalam pertempuran dengan Hizbullah

8 tentera Israel sah terbunuh, puluhan lagi cedera dalam pertempuran dengan Hizbullah

by Zulhaizi Rosdi

BEIRUT, 3 OKT – Seramai lapan tentera Israel telah terbunuh dalam pertempuran dengan Hizbullah ketika cuba memasuki Selatan Lubnan.

Tentera Israel berkata, keadaan itu merupakan kerugian yang paling dahsyat pernah dialami tentera Israel sepanjang siri peperangan dengan pejuang Hizbullah yang disokong Iran.

Selain itu, Hizbullah berkata ia telah memusnahkan kereta kebal Israel semasa pertempuran dan menegaskan kumpulan pejuang itu mempunyai bilangan tentera dan peluru yang mencukupi untuk terus melakukan serangan.

“Sebanyak tiga buah kereta kebal Merkava Israel dengan roket berhampiran bandar di sempadan Maroun El Ras,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Turut dilaporkan puluhan lagi tentera Israel cedera dalam pertempuran jarak dekat dengan pasukan Hizbullah.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerusi perkongsian klip video berkata, Israel berada di puncak peperangan yang sukar untuk menentang Iran.

“Ini tidak akan berlaku kerana kita akan berdiri bersama dan dengan pertolongan Tuhan, kita akan menang bersama,” katanya.

Terdahulu, tentera Israel mengumumkan bahawa lebih ramai tentera infantri dan tentera berperisai telah menyertai operasi yang bertujuan untuk membongkar apa yang dipanggil “infrastruktur pengganas” di perkampungan sempadan Lubnan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply