Home Semasa Operation True Promies II: Iran lancar serangan balas kematian Ismail Haniyeh dan Hassan Nasrallah

Operation True Promies II: Iran lancar serangan balas kematian Ismail Haniyeh dan Hassan Nasrallah

by Muhammad Izzat

TEHRAN, 2 OKT – Iran melancarkan hampir 200 misil balistik ke arah Israel untuk membalas dendam terhadap pembunuhan pemimpin-pemimpin tinggi puak penentangan, termasuk pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan Hassan Nasrallah dari Hezbollah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak media Iran, serangan terhadap kedua-dua individu itu merupakan tindakan tidak sah dari Israel, termasuk pembunuhan penasihat Iran di Syria dan Lubnan, pencabulan terhadap kedaulatan mereka, dan kematian terhadap tokoh-tokoh berpangkat tinggi mereka.

Serta, pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersalah di Lubnan dan Palestin.

Republik Islam Iran terpaksa untuk bertindak sedemikian yang mana tindakan oleh Israel ini telah meragut nyawa penasihat mereka iaitu, Mejar Jeneral Abbas Nilfroshan.

“…Israel dan penyokong antarabangsa mahupun serantaunya, terutama Amerika Syarikat, mesti memahami bahawa Iran tidak pernah memulakan perang dan tidak akan memulakannya. Walaubagaimanapun, kami tidak teragak-agak untuk mempertahankan hak kami yang sah…” katanya.

Sebagai tanda terima kasih di atas tindakan berani tentera mereka, Kementerian Pertahanan, dan Angkatan Tentera menganggap operasi ini sebagai hak mereka yang sah.

“Kami memberi amaran bahawa sebarang tindakan balas oleh Israel akan mengakibatkan kemusnahan infrastruktur di wilayah Palestin yang didudukinya..” katanya lagi.

Tambahan pula, jika negara sokongan terlibat secara langsung dalam pencerobohan terhadap Iran, pusat dan kawasan kepentingan, mereka akan menerima akibat yang dikesali di peringkat serantau.

Related Articles

Leave a Reply