Home SemasaGlobal Iran akan lancar serangan lebih dahsyat jika Israel laksanakan tindak balas

Iran akan lancar serangan lebih dahsyat jika Israel laksanakan tindak balas

by Aqilah Azman

TEHRAN, 2 OKT –  Iran beri amaran kepada Israel dengan tindak balas yang lebih teruk sekiranya menyerang Iran.

Perkara tersebut disuarakan oleh Menteri Luar Iran Abbas Araghchi pada Selasa semasa mengadakan panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari United Kingdom, Jerman dan Perancis.

“Jika Israel memutuskan untuk mengambil tindakan balas, tindak balas kami akan lebih teruk

“Operasi (serangan terhadap Israel) telah tamat,” tegasnya seperti dilaporkan oleh IRNA.

Terdahulu, Iran telah melancarkah lebih 180 misil balistik terhadap Israel. Serangan yang dilancarkan itu dilakukan melalui Operation True Promise 2.0 yang ditegaskan untuk membalas kematian Ismail Haniyeh dan Hassan Nasrallah. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply