Home Teknologi Pertahanan Embraer sahkan penglibatan pertama dalam Pameran Pertahanan Antarabangsa Tentera Korea (KADEX)

Embraer sahkan penglibatan pertama dalam Pameran Pertahanan Antarabangsa Tentera Korea (KADEX)

by Aqilah Azman

SEOUL, 2 OKT –  Embraer sahkan penyertaan pertamanya dalam Pameran Pertahanan Antarabangsa Tentera Korea (KADEX) yang diadakan pada 2 hingga 6 Oktober 2024 di Gyeryongdae, Korea Selatan.

Portfolio pesawat pertahanan dan penyelesaiannya merupakan antara yang dipamerkan oleh Embraer Defense & Security dalam di pameran itu.

“Pasukan Embraer berbesar hati untuk berada di acara KADEX yang julung kali diadakan,” kata Bosco da Costa Junior, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Embraer Defense & Security.

Bosco turut menyatakan, Korea Selatan sebagai pasaran penting dan berharap dapat membina ikatan lebih kukuh bersama industri aeroangkasa dan pertahanan tempatan.

Berikutan, rangkaian pesawat dan penyelesaian pertahanan Embraer adalah termasuk pesawat awam bagi misi khas.

Embraer melabur dalam teknologi baharu, pengembangan perkhidmatan aeronautik sebagai tindak balas keapda peningkatan pengeluaran pesawat serta jangkaan pertumbuhan masa depan dan projek tersebut bertujuan mengembangkan aktiviti perindustrian.

Sekaligus penyertaan Embraer di KADEX telah mencerminkan jejaknya yang semakin meningkat di Korea Selatan.

Di samping, Syarikat Korea menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global Embraer untuk keluarga pesawat penerbangan komersial E-Jets E2.

Dalam pada itu, akan terus mengembangkan perhubungan antara Embraer dan industri aeroangkasa serta pertahanan Korea Selatan dengan program C-390 untuk ROKAF.

Pada masa sama, Embraer sedang membangunkan hubungan dengan Korea Aviation Engineering & Maintenance Service Ltd (KAEMS) bagi menyokong projek C-390 Millennium untuk Korea Selatan.

Embraer turut menandakan ulang tahunnya yang ke-55 pada Ogos tahun ini.

Related Articles

Leave a Reply