Home SemasaGlobal Amerika Syarikat bantu Israel bendung serangan misil balistik Iran

Amerika Syarikat bantu Israel bendung serangan misil balistik Iran

by Muhammad Izzat

WASHINGTON, 2 OKT – Iran menyerang Israel pada awal pagi (waktu Malaysia) dengan serangan hampir 200 misil balistik ke arah Israel.

Walaupun kebanyakan misil itu telah dimusnahkan sebelum mencapai sasaran namun ada yang memberi kesan dan menyebabkan kerosakan yang minimum, kata setiausaha akhbar Pentagon, Mejar Jeneral Tentera Udara, Pat Ryder.

“Kami mengutuk sekerasnya terhadap serangan yang dilancarkan oleh Iran, dan kami menyeru Iran untuk menghentikan sebarang serangan selanjutnya, termasuk sebarang serangan dari pasukan proksinya” katanya.

Ryder berkata, semasa serangan itu, tentera A.S. bekerja rapat dengan Angkatan Pertahanan Israel untuk membantu mempertahankan Israel dari serangan tersebut.

Serangan hari ini hampir dua kali ganda dari serangan sebelum ini pada 13 dan 14 April, kata Ryder.

Dan seperti serangan sebelum ini, A.S. sekali lagi membantu dalam mempertahankan Israel.

Dua kapal pemusnah kelas Arleigh Burke, USS Cole dan USS Burkeley di Mediterranean Timur dikerahkan untuk menembak sedozen pemintas peluru ke arah misil Iran yang menjadi sebahagian dari pertahanan tambahan kepada Israel.

Ryder juga berkata, berdasarkan dari pemerhatian awal, semua misil yang dilancarkan hanya daripada negara Iran dan bukan dari negara proksi.

Iran sememangnya merancang untuk menyebabkan kerosakan yang besar kepada Israel.

“Anda tidak melancarkan misil sebanyak itu tanpa niat untuk memusnahkan sesuatu,” katanya.

Menurut Ryder, terdapat kerosakan minimum di lapangan dan Israel berjaya mempertahankannya dari serangan Iran.

Dia menegaskan semula bahawa Amerika Syarikat sentiasa memberi komitmen terhadap pertahanan Israel.

“A.S. kekal berada dalam keadaan baik di seluruh rantau Timur Tengah bagi melindungi tentera A.S. dan sentiasa mempertahankan Israel dalam menghadapi ancaman daripada Iran dan organisasi pengganas yang disokong Iran,” katanya lagi.

Komander Tentera Israel, Rear Admiral Daniel Hagari, berkata terdapat sebilangan kerosakkan yang kecil di tengah-tengah Israel dan di selatan Israel.

Namun, majoriti misil yang dilancarkan telah dipintas oleh Israel dan pakatan pertahanan yang diketuai oleh A.S.

“Keupayaan pertahanan dan serangan kami kini berada dalam tahap kesediaan yang tinggi. Kami akan bertindak balas di mana-mana dan pada bila-bila masa, walau bagaimanapun kami memilih untuk mengikut arahan kerajaan Israel.” katanya lagi.

Iran dan proksinya telah menyerang Israel sejak 7 Oktober dan berusaha untuk memusnahkan Israel.

Pasukan Pertahanan Israel akan terus melakukan segala yang diperlukan demi mempertahankan negara dan melindungi rakyat mereka. – airtimes.my

#AirTimes #global #iran

Related Articles

Leave a Reply