Home SemasaGlobal UNIFIL: Pasukan pengaman masih kekal dalam kedudukan mereka

UNIFIL: Pasukan pengaman masih kekal dalam kedudukan mereka

by M.Daim

BEIRUT, 1 OKT – Pihak United Nation Interim Force In Lebanon (UNIFIL) dalam satu kenyataan menegaskan pasukan pengaman di selatan Lubnan masih kekal dalam kedudukan masing-masing.

Menurutnya, pelan tindakan kontingensi akan diaktifkan sekiranya keadaan mendesak.

Kenyataan itu menambah, pihak UNIFIL telah menerima makluman dari tentera Israel mengenai hasrat mereka untuk melakukan operasi pencerobohan darat terhad ke Lubnan.

“Walaupun perkembangan ini berbahaya, pasukan pengaman kekal dalam kedudukan,

“Kami sentiasa melaraskan postur dan aktiviti kami, dan kami mempunyai pelan kontingensi yang bersedia untuk diaktifkan jika benar-benar perlu,

“Tahap keselamatan semasa dan juga keselamatan anggota pengaman adalah perkara yang menjadi keutamaan,

“Kesemua pihak yang terlibat diingatkan tentang kewajipan mereka untuk menghormatinya (Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB),” kata kenyataan itu.

UNIFIL menegaskan nyawa orang awam mesti dilindungi, infrastruktur awam tidak boleh disasarkan dan undang-undang antarabangsa mesti dihormati.

“Kami amat menggesa pihak-pihak untuk memberi komitmen semula kepada resolusi Majlis Keselamatan dan 1701 (2006) sebagai satu-satunya penyelesaian yang berdaya maju untuk mengembalikan kestabilan di rantau ini,” tegas UNIFIL.

Pada masa yang sama, pihak UNIFIL turut menegaskan sebarang lintasan ke dalam Lubnan adalah melanggar Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701.

“Tindakan ini (melintasi sempadan Lubnan) adalah melanggar kedaulatan Lubnan dan integriti wilayah,

“Kami menggesa semua pihak yang terlibat untuk berundur dari meneruskan sebarang provokasi yang akan membawa lebih banyak keganasan dan pertumpahan darah,” katanya.

Terdahulu, tentera Israel mengesahkan mereka telah melancarkan operasi serangan darat yang terhad ke dalam Lubnan. Serangan yang didakwa bersasar itu dilaporkan berlaku di beberapa lokasi di sempadan Lubnan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply