Home Pertahanan dan Keselamatan MyPCVE: Langkah proaktif bendung aktiviti cetus keganasan – KP APMM

MyPCVE: Langkah proaktif bendung aktiviti cetus keganasan – KP APMM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Pelan Tindakan Malaysia Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE) yang dilancarkan pada Isnin, merupakan langkah proaktif kerajaan dalam membendung aktiviti yang boleh mencetuskan keganasan, sama ada di dalam atau luar negara.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, pelan yang dilaksanakan hingga 2028 itu akan menyokong usaha Kerajaan Perpaduan dalam mengekalkan keamanan dan ketenteraman di negara.

“APMM menyokong sepenuhnya usaha kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memperkenalkan MyPCVE kerana usaha ini penting untuk memastikan kestabilan dan keamanan negara terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rosli, walaupun APMM bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan negara, agensi itu sentiasa bersedia mengawasi perairan negara daripada sebarang ancaman keselamatan, termasuk aktiviti pelampau dan pengganas.

MyPCVE yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, berasaskan 4 teras utama iaitu pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan, dan pengukuhan.

Pelan ini memberikan tumpuan holistik terhadap ancaman fahaman pelampau keganasan, termasuk pelampau politik dan perkauman, sosial, agama, serta elemen luar. -airtimes.my

#airtimes #keselamatan #APMM #KDN #mypcve #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply