Home SemasaGlobal Israel mula lancar serangan darat terhadap Lubnan

Israel mula lancar serangan darat terhadap Lubnan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 1 OKT – Tentera Israel dilaporkan telah mula melancarkan serangan darat terhadap kawasan Lubnan.

Perkara tersebut disahkan oleh tentera Israel dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurutnya, serangan darat yang dilancarkan terhadap selatan Lubnan adalah ‘terhad, bersasar dan ditujukan terhadap Hezbollah di kawasan sempadan’.

“Berdasarkan keputusan oleh pihak pemimpin politik dalam beberapa jam lalu, IDF telah melancarkan serangan bersasar terhadap Hezbollah,

“Serangan ini adalah berdasarkan maklumat perisikan tepat terhadap sasaran dan infrastruktur Hezbollah di Selatan Lubnan,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, sasaran adalah berada di kawasan perkampungan berhampiran dengan sempadan yang “memberikan ancaman terus kepada Israel”. – airtimes.my

#AirTimes #Lubnan #Global

Related Articles

Leave a Reply