Home Semasa Israel akan menerima akibat di atas perbuatannya – Jurucakap Kementerian Luar Iran

Israel akan menerima akibat di atas perbuatannya – Jurucakap Kementerian Luar Iran

by Zulhaizi Rosdi

TEHRAN, 1 OKT – Israel akan menerima akibat atas perbuatannya dan tiada satu pun jenayahnya akan terlepas.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani berkata, Iran berdiri teguh dan akan bertindak dengan cara yang menyedihkan untuk musuh.

Beliau berkata demikian selepas merujuk kepada pembunuhan ketua Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah dan timbalan komander Pengawal Iran, Brigedier Jeneral Abbas Nilforoushan yang terbunuh dalam serangan Israel di Beirut, Lubnan pada Jumaat.

“Iran komited untuk meneruskan usaha politik dan undang-undang serta mengambil langkah yang tegas sebagai tindak balas kepada pencerobohan Israel.

“Negara-negara Islam perlu bersatu dan menyatakan sokongan yang lebih kuat dalam memperjuangkan Palestin,” katanya pada taklimat akhbar mingguannya pada Isnin.

Selain itu, Kanaani turut mengkritik Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana tidak bertindak serta mengaitkan ketidakberkesanannya terhadap peranan Amerika Syarikat (AS) kepada Israel.

“Pencerobohan yang dilakukan Israel melangkau sempadannya telah mengancam kestabilan di seluruh rantau ini.

“Usaha diplomatik telah dimulakan untuk menghentikan tindakan ketenteraan Israel bagi memastikan keamanan di rantau ini,” ujarnya.

Kanaani menekankan keazaman Iran untuk menentang sebarang tindakan yang mengancam kepentingan negaranya sambil mengulangi bahawa Iran akan mengambil langkah yang perlu bagi mempertahankan keselematannya dan sekutunya.

“Saya (Kanaani) mengutuk tindakan AS kerana menyokong serangan Israel ke atas keganasan terhadap orang awam Lubnan dan Palestin,” tegas beliau.

Kanaani turut mengulangi komitmen Iran untuk terus menyokong Palestin serta memberi amaran bahawa Israel tidak berjaya dalam objektifnya selama hampir setahun konflik di Gaza dan akan terus gagal pada masa hadapan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply